>SELAMAT DATANG! SAYA MENULIS, MEMERHATI & MENGULAS BASED ON TRUE STORY

♥Frenz My ChiLdreN WorLd Shopz♥

Wednesday, 6 April 2011

Kenapa perempuan mudah menangis?


Kenapa perempuan mudah menangis?

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Agar teman lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"

Ibunya menjawab,

"Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

"Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"

"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

"Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, dan bahu itu juga harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak koyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan.

Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan''
Read More..

Wednesday, 30 March 2011

Sifat Wanita Yang Di Benci Lelaki

Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.

2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.

Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.

3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka. Read More..

Madah untuk WANITA

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.
Read More..

Thursday, 24 March 2011

KAWAN


PART 1

Perjalanan hidup ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita bergelar isteri dan ibu kepada 5 orang anak. Kisah ini telah di ceritakan kepadaku dan kisah suka dan duka nya amat berjaya menarik perhatianku. Bukan tiada insan yang mengalami nasib sama sepertinya. Bahkan, mungkin di luar sana...berpuluh - puluh orang yang hampir senasib dengan nya. Tetapi..kisah yang ini amat mengusik jiwa dan raga ku...bahkan ketika diceritakan padaku...aku hampir - hampir menitiskan air mata.

Kisah hidupnya diceritakan disini bukanlah niat untuk mengaibkan dirinya serta keluarga..tetapi, kisahnya boleh kita jadikan sempadan dan peringatan agar lebih berhati - hati apabila kita hendak menghadiahkan sebuah "kepercayaan" kepada orang yang amat kita sayangi atau kepada orang yang lebih dekat dengan kita.

..............Dan, aku memulakan kisah hidupnya.

Syakila (bukan nama sebenar) merupakan seorang wanita biasa seperti wanita - wanita lain didunia milik Allah swt. Di lahirkan dengan kesempurnaan fizikal yang mampu mengoda ramai teruna di luar sana, perwatakannya yang boleh dikatakan cantik serta seksi itu ditambah lagi bekerjaya tidak mustahil dapat menarik perhatian ramai teruna ketika itu. Dia merupakan anak remaja yang aktif, manja dan peramah. Oleh itu tidak mustahil lah di usianya yang muda....dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri ketika itu.

Azman (bukan nama sebenar) merupakan CINTA HATI Syakila. Itulah pilihan hatinya. Perkahwinan atas dasar suka sama suka....merupakan perjalanan rumahtangga yang cukup indah, romantik dan serasi. Alam perkahwinan di titi dengan penuh indah, di semai dengan penuh kasih sayang sehingga melahirkan zuriat yang pertama dan seterusnya yang ke-5 (hingga hari ini).

Di sangkakan panas hingga ke petang, rupa - rupanya hujan di tengahari. Kisah hitam hidup Syakila bermula dengan hobi Syakila yang gemar menghabiskan masanya di nite club. Hobinya terjadi pun di sebabkan tekanan kerja yang kadang kala mampu mengoyah imannya menjadi "stress". Justeru itu, bagi melupakan "stress" di tempat kerja...dia mula berjinak - jinak dengan dunia "nite club". Sejak sering ke "nite club", dan "nite club" pilihan nya ketika itu ialah "The Green" dia telah di perkenalkan oleh pemilik "nite club" tersebut dengan seorang gadis yang boleh tahan seksi dan cukup peramah. Gadis yang bernama Anita itu bekerja sebagai pelayan di "nite club" tersebut. Sejak dia mula mengenali Anita, gadis yang lebih muda daripadanya itu kehidupan Syakila terasa lebih "happy" dan lebih bermakna. Sehari tidak berjumpa, berborak - borak, bergurau senda Syakila merasakan kehidupannya tidak lengkap dan rutin harian hidupnya lebih membosankan.

Yah......itulah "DUNIA" Syakila ketika itu. Bertepuk, bertampar mesra seolah - olah dia dan Anita kelihatan seperti adik beradik. Bahkan perasaaan sayang Syakila terhadap Anita lebih dari itu. Sehari tidak mendengar suara Anita...Syakila berasa sunyi dan murung. Bagi Syakila, ikatan persahabatan dia dengan Anita adalah amat berharga. Anita juga seorang kawan yang sering mengambil berat akan sakit, demam Syakila. Justeru itu, tidak hairan lah..kenapa persahabatan yang amat mesra dan erat itu sering dicemburui oleh kawan sekerja Syakila. Malah, pernah suatu hari rakan kerja Syakila menegur akan perbuatan Syakila yang terlalu amat mempercayai "best friend" nya yang bernama Anita itu. Itu pun gara - gara Syakila sering memuji - muji dan bercerita akan segala kebaikan sahabat baiknya, Anita kepada rakan - rakan sekerjanya. Sehinggakan rakan sekerjanya ada yang dah naik muak. Setiap hari, tak sah kalau tak da nama si Anita keluar dari mulut Syakila.

Anita............Anita............Anita. Semuanya Anita!


Rakan kerja: Kila, ko tue jangan la percayakan sangat pada si Anita tue. Ko sendiri tak tau asal usul budak Nita tue dari planet mana. Sekarang nie, aku tengok ko bukan main rapat dengan si Nita tue. Makan sepinggan, tido sekatil, tinggal serumah. Pendek kata, semuanya nak kongsi. Jangan kongsi SUAMI sudahlah Kila. Aku bukan nak bz body dengan life ko...tapi, aku juga seorang wanita. Aku nak ko ambil langkah berjaga - jaga.

Syakila cuma mendiamkan diri. Baginya...hanya dia saja yang tahu siapa Anita. Anita adalah sahabatnya. Bahkan...dah dia anggap Syakila seperti adik kandung, sedarah sedagingnya. Begitulah tingginya harapan dan penilaian Syakila terhadap sahabat baiknya, Anita.

Hari terus berlalu...........

Semakin akrab talian persahabatan yang tercipta. Dimana ada Syakila, disitulah adanya Anita. Begitulah sebaliknya. Walaubagaimanapun...keakraban mereka berdua belum lah sampai kepengetahui suami Syakila. Sehingga suatu malam "Saturday Nite Fever" Syakila mengajak suami, Azman menemaninya ke "The Green" nite club.

Syakila: Sayang, jom temankan Kila keluar. Kita Happy - happy. Kita ke "The Green" nak tak? tanya Syakila. Bosan lah duduk umah "Saturday Nite" ginie. Anak - anak kita pun dah tido. Lagipun diaorang dah besar, pandai la diaorang jaga diri. Dengan aksi manja Syakila memujuk suaminya di hujung penjuru katil ketika itu.

Azman suami Syakila masih lagi asyik menonton tv ketika itu pun berkata, urm...apa yang best dekat "The Green" tue? Kalau tak best, abang tak pegilah. Tapi..............kalau nak kenalkan abang dengan "BEST FRIEND FOREVER" sayang tue...boleh jugak. Nak juga abang tengok secara live best friend isteri abang. Coz, setiap detik dan ketika...asyik - asyik nama si Anita yang di sebut - sebut sayang. Nak jeles plak abang nih.

Syakila: Tanpa banyak jawapan, Syakila terus kata: YES, JOM! (dengan perasaan happy yang tidak terhingga Syakila pun terus bermake up dan berkemas siap sedia)
Read More..

Entry yang berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...